Saturday 12 March 2011

penceramah? ye ke? ce citer

Posted by loghatkedahsayapekat at Saturday, March 12, 2011
aku tak ada hak nak menilai seseorang dari luaran.
tak ada hak! ok aku paham. 
tapi aku ada hak nak mengkondem  menunjuk ketidakpuasan hati.
aku akan tunjuk hari ini.
sekarang mai kita mula.

rasa pelik, hairan atau jakun tak bila tengok penceramah yang datang menceramah budak-budak universiti dengan berpakaian seluar jeans dan t shirt serta topi semata-mata? dan mendakwa bahawa dia adalah mobile developer? tahu mobile developer? ala. mereka2 yang buat application dalam tepon hangpa tu? application macam facebook, games dan segala macam dalam tepon tuh. aku tak cakap universiti tu high class atau tempat glamour nak mati. tapi ne tempat menuntut ilmu. tak salah kalaw pakai kemas2 untuk bagi student yakin pada anda. 

pada mukadimahnya, kami bersetuju mengatakan bahawa luaran tidak penting dooe. 'dooe' tu aku panggil bahasa minah rempit. sebab aku blajar dari filem Bohsia. jangan pilih jalan hitam. pilih jalan kampung tar merah. elak dari kena bayar tol. ok sambung. bila dah dekat 3 jam kami kat dalam tu, dia bercakap perkara yang buat aku, aini, intan dan semua naik bulu. annoying! apahal cakap pasal duit dalam bank kau dan marah kami bila kami buka facebook? cakap la macamana nak buat application tuh! kami semua naik marah dan start cakap pasal luaran dia. macam2 kami persoal. kami tera  pandai dalam bab ne sebab kami CSI miami.

mula sesi kedua sebelah petang, aku dah reda dan sejuk sikit. mula menunjukkan tanda-tanda positif. aku fikir, mungkin cik penceramah ne nak start ajar petang neh kot. pagi tadi salam perkenalan ja. untuk buat kami kagum dan kata gila arh orang neh! hebat weiiiii. aku nak jadi macam dia la bila besar nanti! biar mak ayah aku bangga dengan aku. tapi malang nasib kami bila dia cuma ajar kami cara nak daftar kat laman web-laman web yang kami bole buat sendiri kat bilik. ajar benda tu sampai petang. nama pon kami budak komputer, tak kan nak ajar cara daftar lagi awak? kami tahu nak tekan button submit. kami tahu awak. untuk penutup sesi pertama, dia bagi kami kerja. ok awak semua balik buat satu application, hantar kat email saya sebelum pkol 12 malam. aku tutup laptop dan buat isyarat tangan pada kawan2 sambil kata balik weh! balik! what de....
muka serius gila dengar ceramah. takut aku.

mai nak zoom sikit depa dok watpa. kantoi fesbuk.


dan pada waktu ne, pagi ahad, aku kat dalam dewan neh lagi. untuk sesi kedua ceramah. ok, dia pakai kemas hari ne. mungkin dengar kami sumpah2 dia semalam. tapi topi tetap kat kepala. aku lebih suka dia pakai kopiah. buat aku teringat kat tok imam kampung aku. sejuk aty aku. kami redha bila dia suruh daftar lagi. kami lagi teruja bila dia baru ja cakap td, untuk buat application, awak bole blajar kat u-tube. ok sir. bole kami balik sekarang? sebab kat bilik kami pun bole buka u-tube.

aku tetap percaya kata mak aku. pakai kemaih2  kemas2 cikit mahaya bila nak presentation. orang tengok kita pon, depa semangat sikit nak dengaq. cikgu(merujuk pada pensyarah) hang nak bagi markah pon senang sikit. ustaz ghazali p ceramah kat orang-orang tua di masjid pon pakai jubah bersih-bersih. 

terima kasih mak. 

0 comments:

Post a Comment

Pages

 

Loghat kedah aku sangat pekat Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei