Saturday 19 March 2011

aku *blushing

Posted by loghatkedahsayapekat at Saturday, March 19, 2011 0 comments
selamat hari jadi Nurul Mahaya! *sambil mulut muncung kunyah donut 
mereka buat aku blushing
sebab aku tak biasa dikasihi dan disayangi
ngeek!
terima kasih sebab engat tarikh beranak aku walaupun aku tahu mark zugerberg yang lebih tahu.
minta maaf sebab aku selalu wish besday hangpa hujung2 jam.
tak pun, aku wish bila hari lahir hangpa dah basi.
maafkan aku. sob2~
aku tak ada daya ingatan yang kuat dan aku segan nak wish besday.
aku malu.
pada saat aku bertukar menjadi 21 tahun, terima kasih sebab hangpa sudi be with me.
aku cakap english sebab aku blushing nak sebut berada bersamaku.
aku bukan kawan yang baik apatah lagi musuh yang kejam.
tapi hangpa still sudi wish slamat hari jadi aku.
terima kasih Allah sebab beri aku peluang untuk menikmati keindahan dunia di saat umur aku mencecah 21 tahun.
aku berjanji dan beria2 akan simpan semua tarikh lahir kwan2 dlm remainder.


Wednesday 16 March 2011

terima kasih sebab buat aku benci

Posted by loghatkedahsayapekat at Wednesday, March 16, 2011 0 comments
ayat-ayat di bawah akan hundred percent dalam bahasa kedah.
bila aku geram, aku guna bahasa aku. sebab bahasa aku, bahasa kasar. bahasa mafia.

aku engat benda ne dah lepas.
cukup-cukup la.
tapi hang masih dok ungkit.
apa kena dengan hang?
benda dah lepas 2, 3 tahun dah, tapi hang dok p ungkit lagi.
tak cukup ka dok busuk nama aku kat sekolah lama kita?
ceh. aku benci guna 'kita' 
sebab hang bukan lagi kawan aku.
ne hang dok p busukkan lagi kat sekulah form 4 aku pulak.
aku dah pindah kuar weh dari sekulah lama kita.
ceh! kita lagi. geli sebut.
hang bagitau semua yang hang anti aku.
terima kasih.

aku dulu, tak penah rasa anti hang.
still bole tengok lagi muka hang bila jumpa kat tepi bendang.
tapi la ne. sebut nama hang pun aku dah tak selera.
kasar kan weh bila aku cakap macam tu?
semua ne jadi sebab salah faham. faham tak? ok. hang tak faham.
hang break up ngan awek hang, lepas tu nak salah aku.
cakap aku yang buat cerita.
come on la! aku dah pindah kuar. macamana aku nak tahu cerita pasal hang?
lagipun aku bukan anti hang. apasai aku nak buat2 cerita?
aku tak kuasa pun nak ambik tahu pasal hangpa.
salah sendiri beb! pikir la.
hang bajet hang playboy. tu masalah nya.paham?

sekarang hang dah buat aku jadi:

1. dah tak da rasa teringin nak p sekulah 'kita'. sebab kalaw aku p, aku teringat hang dan aku nak muntah.
2. tak kan pusing pun tangok muka hang kalau kita terjumpa. aku mungkin jeling atau mengelak.
3. hangin weh satu badan kalau dengar nama hang.

p/s: aku tak benci hang. aku tak anti hang. cuma hang bukan kawan aku. 



 

Monday 14 March 2011

aku takut lelaki, titik!

Posted by loghatkedahsayapekat at Monday, March 14, 2011 0 comments

petang tadi lepas bangun dari tidoq, *kantoi tidoq petang
aku godek2 yakni meninjau fesbuk kawan2 aku.
sampai kat wall sorang kawan aku ne, otak aku terus stuck.
aku nampak video.
terus aku tekan butang play.
sementara nak tunggu video loading sebab internet macam snail walk on the road,
aku tengok kawan aku komen hahaha kat video tu.
sah video lawak ne. aku kata kat diri aku.
dah habis tengok video tu, aku terus sandaq  sandar kat kerusi pelestik biru.

OMG! Ya Allah.
dua perkataan yang mula2 kuar dari mulut aku.
ok, aku bohong. aku tak cakap pun OMG. 
video tu tunjuk seorang isteri yang bertudung + berbaju kurung, *aku kurang pasti tang baju tu. 
menerjah suami dia yang sedang mengatai  berdua-duaan dengan sorang pompuan.
kat hospital pulak tuh.
dari apa yang aku dengar laki tu belom kawin lagi dengan pompuan tu. 
kira depa tu dok berkhalwat la.
benda yang buat aku sedih, bila dengar isteri dia cakap,
patut la tak bagi cheq jaga abang kat hospital. rupanya ada pompuan ne noh.
aku alih loghat dia. loghat asal, loghat kelantan.

aku terkedu + sedih sebab aku bayang kalau benda ne jadi kat diri aku atau mak aku.
perasaan menerjah suami sendiri. 
aku terima kalau waktu tu suami aku still hensem macam fahrin ahmad dan aku macam zombi.
aku terima kalau suami aku curang.
tapi hakikatnya, suami mak cik dia atas adalah mereka yang datang dari golongan yang sudah buncit
dan tua nak mati.
bila lelaki nak insaf?
bila tua kot.
tapi video tu tunjuk pak cik buncit. tak hensem.

semua ne buat aku takot nak kawin.
sungguh.
tapi lepas dengar mak aku cakap,
ya, kawin nanti mak beli songket buat baju pengantin kat cheq.
aku terus semangat.


 



Saturday 12 March 2011

penceramah? ye ke? ce citer

Posted by loghatkedahsayapekat at Saturday, March 12, 2011 0 comments
aku tak ada hak nak menilai seseorang dari luaran.
tak ada hak! ok aku paham. 
tapi aku ada hak nak mengkondem  menunjuk ketidakpuasan hati.
aku akan tunjuk hari ini.
sekarang mai kita mula.

rasa pelik, hairan atau jakun tak bila tengok penceramah yang datang menceramah budak-budak universiti dengan berpakaian seluar jeans dan t shirt serta topi semata-mata? dan mendakwa bahawa dia adalah mobile developer? tahu mobile developer? ala. mereka2 yang buat application dalam tepon hangpa tu? application macam facebook, games dan segala macam dalam tepon tuh. aku tak cakap universiti tu high class atau tempat glamour nak mati. tapi ne tempat menuntut ilmu. tak salah kalaw pakai kemas2 untuk bagi student yakin pada anda. 

pada mukadimahnya, kami bersetuju mengatakan bahawa luaran tidak penting dooe. 'dooe' tu aku panggil bahasa minah rempit. sebab aku blajar dari filem Bohsia. jangan pilih jalan hitam. pilih jalan kampung tar merah. elak dari kena bayar tol. ok sambung. bila dah dekat 3 jam kami kat dalam tu, dia bercakap perkara yang buat aku, aini, intan dan semua naik bulu. annoying! apahal cakap pasal duit dalam bank kau dan marah kami bila kami buka facebook? cakap la macamana nak buat application tuh! kami semua naik marah dan start cakap pasal luaran dia. macam2 kami persoal. kami tera  pandai dalam bab ne sebab kami CSI miami.

mula sesi kedua sebelah petang, aku dah reda dan sejuk sikit. mula menunjukkan tanda-tanda positif. aku fikir, mungkin cik penceramah ne nak start ajar petang neh kot. pagi tadi salam perkenalan ja. untuk buat kami kagum dan kata gila arh orang neh! hebat weiiiii. aku nak jadi macam dia la bila besar nanti! biar mak ayah aku bangga dengan aku. tapi malang nasib kami bila dia cuma ajar kami cara nak daftar kat laman web-laman web yang kami bole buat sendiri kat bilik. ajar benda tu sampai petang. nama pon kami budak komputer, tak kan nak ajar cara daftar lagi awak? kami tahu nak tekan button submit. kami tahu awak. untuk penutup sesi pertama, dia bagi kami kerja. ok awak semua balik buat satu application, hantar kat email saya sebelum pkol 12 malam. aku tutup laptop dan buat isyarat tangan pada kawan2 sambil kata balik weh! balik! what de....
muka serius gila dengar ceramah. takut aku.

mai nak zoom sikit depa dok watpa. kantoi fesbuk.


dan pada waktu ne, pagi ahad, aku kat dalam dewan neh lagi. untuk sesi kedua ceramah. ok, dia pakai kemas hari ne. mungkin dengar kami sumpah2 dia semalam. tapi topi tetap kat kepala. aku lebih suka dia pakai kopiah. buat aku teringat kat tok imam kampung aku. sejuk aty aku. kami redha bila dia suruh daftar lagi. kami lagi teruja bila dia baru ja cakap td, untuk buat application, awak bole blajar kat u-tube. ok sir. bole kami balik sekarang? sebab kat bilik kami pun bole buka u-tube.

aku tetap percaya kata mak aku. pakai kemaih2  kemas2 cikit mahaya bila nak presentation. orang tengok kita pon, depa semangat sikit nak dengaq. cikgu(merujuk pada pensyarah) hang nak bagi markah pon senang sikit. ustaz ghazali p ceramah kat orang-orang tua di masjid pon pakai jubah bersih-bersih. 

terima kasih mak. 

dah sebulan

Posted by loghatkedahsayapekat at Saturday, March 12, 2011 0 comments
dah sebulan dah menuggu
tapi tak da pun panggilan telefon.
bole ka nak bertahan?
hati kata bole, otak cakap" ha tuggu la hang sampai berdarah hidung. kalaw dia balik pon, xda nya nak cari hang. padan muka. boo aku! boo aku!"
sekarang dah pukul 4 petang 12 Mac 2011.
aku tunggu jugak. Tunggu sampai bila-bila.
gila hang mahaya.

Friday 11 March 2011

bahasa diri itu indah

Posted by loghatkedahsayapekat at Friday, March 11, 2011 0 comments
selamat tengahari semua,
salam satu malaysia buat bang najib dengan kak mah

Persoalan pertama sebelum mula, nak bahasakan diri apa neh?
saya? cheq? aku? mahaya? sayang? atau my best nama pendek ever YA?
setelah diteliti, jum guna AKU! 
lebih dekat di hati dan xgedik lebih comei.

ok bai

Pages

 

Loghat kedah aku sangat pekat Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei